Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Eva Noza Dakwa Abang Viva Mesej Wanita Lain Sejak September, Sedih Suami Sendiri Mengata Belakang - “Hati Aku Retak”

Khairil Khusyairi 17/12/2024 | 21:50 MYT
Tular kini di media sosial apabila isteri kepada sukarelawan bencana, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ iaitu Eva Noza Zakaria mendakwa suaminya itu bermesej dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Isteri Dakwa Abang Viva Mesej Isteri Orang

Menerusi pendedahan tersebut, Eva mendakwa suaminya dan wanita tersebut sering bercakap buruk mengenainya di perbualan mesej antara mereka.
Lebih mengejutkan, Eva turut mendedahkan perbualan mesej diantara suaminya dengan wanita tersebut yang mengatakan Abang Viva tidak tahan lagi dengan rumah tangganya bersama Eva.

“Setiap kali aku baca, aku menangis. Sebab dalam baik, kau peluk cium aku tapi dalam masa yang sama kau mengata dan cakap tak tahan nak stay dengan aku.

“Aku dah cakap pintu sentiasa terbuka, kau datang tak diundang, kau pergi tak halang,” tulisnya sedih.

Abang Viva Burukkan Isteri Depan Wanita Lain

Lebih menyedihkan, perbualan mesej tersebut turut memaparkan mesej Abang Viva dan wanita tersebut mengatakan Eva mengalami masalah mental.

Abang Viva turut meluahkan rasa kurang senang dengan mengatakan isterinya itu semak gara-gara Eva membuat sesi siaran langsung (Live) di TikTok.
Dalam pada itu, Eva turut mendedahkan Abang Viba dan wanita tersebut mula bermesej langsung (DM) sejak September lalu.

Netizen Terkejut Tahu Perangai Sebenar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Eva tersebut yang mamaparkan Abang Viva memburukkan maruah isterinya itu.

Pada tahun lalu, Eva menepis dakwaan kononnya dia dan suami telah berpisah.
Untuk info, Abang Viva mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Eva Noza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh pada 14 Oktober 2022.

#Isteri #Eva #Curang #“Azwan #Mesej #omar” #“Abang #Viva” #“ #Noza”
;