Laman Utama
“Even Kena Reject Atleast…”- Peminat Luah Perasaan Cinta, Ini Jawapan Kucaimars
Penyanyi Kucaimars mendedahkan satu mesej dari peminat wanita yang akui sudah jatuh cinta pada dirinya.
Peminat itu menulis panjang lebar meluahkan isi hatinya dan bersedia dengan jawapan Kucaimars, meskipun akan ditolak.
Menerusi mesej yang diberikan, peminat itu memberitahu dia jatuh cinta dengan cara Kucaimars melayan ibunya serta beberapa ciri-ciri lain yang ada pada penyanyi berkenaan.
Bintang Big Stage musim kedua itu berkongsi paparan skrin mesej tersebut di satu entri Instagram miliknya.
Pun begitu, Kucaimars turut membalas mesej itu dengan baik dalam satu video.
“Saya hargai sangat apa yang awak luahkan kepada saya. Insya-Allah kalau ada rezeki kita jumpa,” balasnya.
Namun di akhir video tersebut, Kucaimars menyelit video Budak 46 yang lucu.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai pandangan termasuk yang lucu dengan luahan perasaan tersebut.
“Wahhh bestnya..saya pun nak confess ni yang saya tak seberani sis ni. salute la,” komen salah seorang pengikutnya.
“Murung awek tu tau tak…Siot hahahahah,” tulis salah seorang warga maya.
Kucaimars merupakan bintang seni yang mula dikenali dan popular di Youtube apabila menyanyikan lagu cover dari seberang.
Must-Watch Video