Evie Khadeeja, Cantiknya Nama Baby Girl Intan Ladyana & Harris Alif

Mya Amri
April 3, 2022 11:15 MYT

Pelakon, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif akhirnya mendedahkan wajah puteri sulung mereka.

Istimewanya lagi, pasangan selebriti ini juga memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi nama anak perempuan mereka yang cukup cantik, Evie Khadeeja.

“Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” coret Intan ringkas di akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecomelan anaknya selain menyukai nama yang dipilih.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan mereka, Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu.

#Intan Ladyana #Nama Anak #Harris Alif #Wajah Anak #Evie Khadeeja