Sejak awal pembabitan dalam bidang lakonan, tidak banyak produk yang dibintangi pemuda kacak ini. Namun satu demi satu tawaran diraih sehingga membuka ruangnya menjelajah industri seni.

Filem The Experts

Syafiq Kyle, namanya kini menjadi bualan hangat disebabkan dua filem lakonannya iaitu Sheriff dan The Experts sedang ditayangkan di pawagam.

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Syafiq merupakan graduan Diploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mula menjejak kaki dalam dunia seni selepas menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama rakan sepenjuangnya, Fattah Amin, Saharul Ridzwan dan sekaligus dinobatkan sebagi Naib Juara.

Watak Kecil

Lakonan pertama Syafiq menerusi watak kecil dalam drama Iparku Diva di Astro Warna bersama aktres Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar.

Kemudian, Syafiq semakin dikenali menerusi lakonannya di dalam sebuah drama berunsur keagamaan, Tanah Kubur di Astro OASIS.

Malah, Syafiq memenangi Anugerah Skrin 2018 untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Lakonanya juga semakin hebat menerusi drama siri Astro Originals, One Cent Thief.

Dunia Perfileman

Syafiq juga mula mengembangkan sayapnya dengan mengorak langkah ke dunia perfileman.

Namanya juga semakin dikenali selepas menerajui filem Pusaka pada 2019 dan lakonannya semakin mantap serta menerima pujian menerusi wataknya sebagai Inspektor Dani dalam filem Polis Evo 3.

BERITA TRENDING: The Experts Cabar Fizikal Pelakon, Ray Dap Dap Kena Lipat Badan? | GMW Highlights

Lakonannya juga dilihat semakin matang menerusi filem Sheriff: Narko Integriti dengan membawa watak sebagai Inspektor Nazri yang juga dikenali sebagai ‘Meth Killer’.

Dalam pada masa yang sama juga, Syafiq muncul dengan filem The Experts bersama Datuk Aaron Aziz, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap.

BERITA TRENDING: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

Menerusi filem itu juga, penonton akan nampak sisi lain Syafiq yang membawa watak sebagai Khairul.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.