,
Hiburan

Excited Betul! Peminat Sanggup Tunggu Detik Jam 12 Tengah Malam Nak Layan Mael Totey The Movie

Hanafis Haris
22/10/2020
13:13 MYT
Hebat! Itu saja yang boleh dikatakan tentang filem Mael Totey The Movie (MTTM) apabila mula ditayangkan hari ini.
Apa yang mengagumkkan adalah peminat setia karya pengarahnya, Syahmi Sazli sanggup menantikan detik jam 12 tengah malam tadi untuk menonton filem tersebut.
Malah, menerusi komen di satu daripada posting di Instagram Syahmi, ada yang mendakwa trafik tayangan agak tergendala, berkemungkin gara-gara jumlah penonton yang terlalu ramai.
“Haha sanggup tak tido ni mie, dah duduk depan tv , baru nak langgan dia kata tggu 5 minit kami akan kembali,” kata seorang peminat.
“Tudia penangan 1st movie syahmi sampai trafik jem astro,” kata seorang lagi peminat
“So esok la kita tengok ,biar orang lain ‘makan’ je tu,” kata pengguna Instagram dikenali sebagai Amir.
Pada yang tidak tahu, MTTM merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem.
Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey.
Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.