Tidak lengkap rasanya menyambut Syawal tanpa sebarang filem menarik khususnya yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Setiap kali raya menjelma, pasti ramai ahli keluarga berkumpul di ruang tamu dan ketika inilah masa paling sesuai untuk menyaksikan filem yang boleh mengundang gelak ketawa dan mesej positif.

Berita baik buat anda semua, filem pelawak lagenda Senario iaitu Jaga-Jaga Senariounion telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.

Menampilkan hampir kesemua ahli asal kumpulan Senario, jalan cerita kali ini menyaksikan pelbagai elemen lebih segar dan penuh plot twist.

Malah, ramai akui konsep filem terbaru ini agak berbeza dengan karya sutradara Aziz M Osman sebelum ini.

Jadi, apa kata layan filem Jaga-Jaga Senariounion sepanjang sambutan Syawal kali ini.

Sekadar info, Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.

Anda boleh melanggan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.