Bandaraya Ipoh yang terletak di Perak boleh dianggap sebagai antara lokasi yang penuh 'hipster' memandangkan banyak kafe baru dan unik telah dibuka.

Terbaru, satu kafe berkonsepkan filem Harry Potter telah menjadi tumpuan ramai khususnya bagi mereka yang gemarkan tempat lepak yang serba ‘hipster’.

Baik di Instagram mahupun di Twitter, ramai netizen berkongsi gambar momen serta 'outfit of the day' (OOTD) di kafe berkenaan.

Difahamkan, kafe tersebut dikenali sebagai Platform 9 1/2 dan terletak di jalan Concubine.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi Platform 9 1/2, ternyata banyak elemen 'Harry Potter' yang digunakan termasuklah dekorasi serta rekaan luar kafe.

Tidak cukup dengan itu, menu makanan serta minum di kafe ini juga turut disuntik dengan elemen Harry Potter.

Elemen 'hipster' yang digabungkan dengan dunia magis filem Harry Potter ini pastinya menjadi buruan untuk mereka yang 'kaki gambar'. Insta Worthy!

Anda boleh lihat rekaan dekorasi serta menu uni kafe Platform 9 1/2 di bawah.

Wow?love it? gorgeous pic ❄️❄️#platform9&halfcafe #concubinelane #wizardthemecafe #ipoh #butterbrew

A post shared by Platform 9&half cafe Ipoh (@platform9halfcafe) on