Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru kepada semua syarikat yang mengambil pelajar yang melakukan latihan amali (interns) diperuntukan bayaran untuk setiap bulan.

Menurut entri di Instagram (IG), Saddiq menjelaskan kadar bayaran yang dicadangankan kepada sesebuah syarikat membuat pembayaran adalah bermula dari RM300 sehingga RM400.

"Saya menyangkal mereka yang berkata interns tidak perlu dibayar kerana pengalaman bekerja sudah mencukupi. Experience Doesn't Pay The Bills!

"Bayangkan nasib anak muda yang datang dari kawasan pendalaman dan dapat peluang di syarikat yang berprestij di bandar, tetapi kerana tidak berbayar akhirnya terpaksa melepaskan peluang ini.

"Siapa yang akan menampung kos makan dan pengangkutan mereka? Bagaimana mereka nak sara hidup jika tidak dibayar langsung?" tanya Saddiq.

Dalam pada itu, Saddiq berharap agar keputusan terbabit tidak ditangguhkan.

"Sebab itu pada hari ini, saya menulis surat ke semua kementerian untuk memastikan #PaidInternship dimulakan serta merta. Kabinet dah bersetuju dan jangan nak menangguhkan keputusan ini.

"Bayaran permulaan untuk mereka yang lakukan latihan amali dalam RM300-RM400.

"Saya juga akan bawa kertas kabinet untuk menaikkan jumlah ini & untuk berkolabrasi dengan syarikat swasta untuk pastikan mereka bersama dalam kempen #PaidInternship.

"Kalau ada kementerian/agensi yang gagal bayar interns, tolong maklumkan kepada saya. #YouthPower," tulisnya.

Saya menyangkal mereka yang berkata interns tidak perlu dibayar kerana “pengalaman berkerja sudah mencukupi”. . EXPERIENCE DOES NOT PAY THE BILLS! Bayangkan nasib anak muda yang datang dari kawasan pendalaman dan dapat peluang di syarikat yang berprestij di bandar, tetapi kerana tidak berbayar akhirnya terpaksa melepaskan peluang ini. Siapa yang akan menampung kos makan dan pengangkutan mereka? Bagaimana mereka nak sara hidup jika tidak dibayar langsung? . Sebab itu pada hari ini, saya menulis surat ke semua kementerian untuk memastikan #PaidInternship dimulakan serta merta. Kabinet dah bersetuju dan jangan nak menangguhkan keputusan ini. . Bayaran permulaan untuk mereka yang lakukan latihan amali dalam RM300-400. Saya juga akan bawa kertas kabinet untuk menaikkan jumlah ini & untuk berkolabrasi dengan syarikat swasta untuk pastikan mereka bersama dalam kempen #paidinternship . . Kalau ada kementerian/agensi yang gagal bayar interns, tolong maklumkan kepada saya. #YouthPower

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Saddiq dan berharap dengan pembayaran yang diberikan dapat meringankan kos para pelajar tersebut.

"@marianie_mazani: Terima kasih yb! Tempoh internship tu juga bukannya sehari dua. Memang perlukan kos at least untuk sara diri sendiri tanpa membebankan ibubapa. You are great!"

"@sueee_suhaimi: Good start. Dulu saya intern parents la yang bagi duit belanja. Kadang-kadang makan kakak belanja. Kesian agaknya. Mohon ada perubahan sebab intern pon buat kerja juga bukan duduk saja. Thank You Yb."

"@eyzhar_: Usaha yang bagus. Ulasan yang baik. Teruskan."