GAYA HIDUP

The Experts: Cinta Tak Kenal Usia? Hati-Hati, Anda Mungkin Sedang Langgar Undang-Undang

Asyraf Roslan 22/06/2025 | 12:55 MYT

Cinta mungkin tidak mengenal usia namun adakah anda yakin cinta itu selamat untuk anda?

Pempengaruh, Tun Laila menegaskan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa menjalin hubungan cinta dengan individu bawah umur boleh menjadi satu kesalahan serius di sisi undang-undang.
Menurutnya, mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang belum mencapai umur 18 tahun.
“Amang seksual terhadap kanak-kanak terdapat dua jenis iaitu secara fizikal dan bukan fizikal. Ini sangat penting sebab ramai yang tidak tahu ia menjadi satu kesalahan kalau anda adalah seorang dewasa tidak kisah umur 20 tahun ke atas bercinta dengan kanak-kanak berusia 18 tahun.
“Defenisi kanak-kanak dibawah seksyen 2 akta kanak-kanak 2001 yang mana budak yang belum berumur 18 tahun contoh seperti dia 17 tahun 9 bulan dia masih dalam kategori kanak-kanak,” katanya.
Tun Laila turut menerangkan dua jenis amang seksual terhadap kanak-kanak yang diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
1. Amang Seksual Fizikal (Seksyen 14A)

✔️ Melibatkan sentuhan dengan niat seksual terhadap kanak-kanak.

Contoh: meraba, menyentuh bahagian sulit, mencium secara tidak senonoh.

2. Amang Seksual Bukan Fizikal (Seksyen 15)

✔️ Tidak melibatkan sentuhan, tapi tetap dilakukan dengan niat seksual.

Contoh: memerhati dengan niat lucah, mengikuti kanak-kanak, atau melakukan onani sambil melihat kanak-kanak.

Tun Laila mengingatkan golongan lelaki dewasa agar tidak mengambil ringan soal usia apabila mahu berkawan atau bercinta.
Malah dia turut mengingatkan hukuman bagi kesalahan ini sangat berat kerana anda boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
#Amang Seksual #The Experts #Tun Laila #Kanak-Kanak Bawah Umur