GAYA HIDUP

The Experts: DIY Bukan Sekadar Kreatif! Amin Abid Kongsi Cabaran Sebenar Jadi Content Creator

Asyraf Roslan 05/07/2025 | 12:55 MYT

Nampak mudah tapi realitinya penuh cabaran! Itu yang dikongsikan oleh pasangan pempengaruh kembar, Amin Othman dan Abid Othman yang cukup dikenali dengan content kreatif mereka berasaskan projek DIY (Do It Yourself).

Menurut mereka, perjalanan menghasilkan kandungan DIY bukan sahaja memerlukan kreativiti, malah menuntut kesabaran, kerjasama dan kos yang agak tinggi bergantung projek yang ingin dibuat.

“Cabaran untuk kami buat DIY sepanjang kami bergelar content creator adalah mempunyai pandangan yang berbeza tapi kami tetap akan berbincang sehingga kami mempunyai kata sepakat. Seterusnya adalah modal, untuk buat barang-barang DIY kita perlukan simpanan untuk jadikan content itu realiti. Sebelum mula project kami akan tengok dulu simpanan kami okay atau pun tidak, jika okay baru kami teruskan.

“Tapi kalau tak cukup kami akan move ke DIY yang tak berapa mahal tapi masih boleh tarik penonton untuk lihat content kami. Contoh carseat kucing yang hanya menelan belanja RM50 projek paling besar kami pernah buat menelan kos sehingga RM50,000 iaitu Muzium coklat ,” kata mereka.

Tambah mereka lagi, selain perbezaan idea dan kos, tenaga kerja juga antara halangan utama yang sering dilalui dalam menghasilkan kandungan berkualiti.

“Yang ketiga, paling ramai orang tak sanggup adalah ialah tenaga sebab buat satu content DIY ini kadang-kadang boleh cecah masa sehingga enam bulan, jadi kita perlukan tenaga kerja yang kuat. Kami pernah buat Muzium Coklat dan kena kejar due date sebelum launch dan masa tempoh pembuatan itu kami ada talk jadi jadual sangat penuh kami sampai tak tidur semata-mata nak siapkan projek itu

“Tapi kami ayah kami banyak juga tolong part-partk kerja berat contohnya welding besi,tebuk dinding dan potong potong kayu dan kami boleh fokus untuk design serta kerja-kerja lain walaupun penat kami tetap teruskan sehingga siap semuanya,” kongsi Amin Abid.

Dalam pada itu, Amin Abid juga menasihati mereka yang mahu melakukan content DIY untuk tidak mengalah jika buntu untuk meneruskan projek tersebut.

“Untuk buat DIY kena ambil masa, kalau rasa dah tak ada mood dah penat anda kena berehat pergi healing, enjoy kehidupan seharian. Bila dah dapat mood tu balik baru sambung apa yang anda buat.

“Apa yang kami belajar dekat sini adalah kalau penat jangan berhenti tapi berehat,” nasihat mereka kepada pembaca.
#DIY #Content Creator #Amin Abid