GAYA HIDUP
The Experts: Kenapa Antioksidan Penting? Ini Jawapannya
Kita sering dengar orang mempromosikan produk atau makanan tinggi antioksidan dengan dakwaan ia mampu melawan radikal bebas.
Namun, adakah kita benar-benar faham apa maksud antioksidan dan radikal bebas itu?
Pencipta kandungan, Muhammad Noor Zakaria atau Mdno, menerangkan topik ini secara ringkas tetapi padat untuk memberi pemahaman kepada orang ramai.
Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh tubuh setiap hari. Ia boleh terbentuk melalui empat cara iaitu proses penuaan, tekanan (stres), jangkitan penyakit serta pencemaran dan faktor persekitaran.
Secara saintifik, radikal bebas terbentuk apabila satu ikatan kimia dalam molekul kehilangan satu elektron. Kehilangan ini menyebabkan ikatan tersebut menjadi tidak seimbang dan sangat reaktif.
Jika jumlah radikal bebas terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan sel (cell damage). Inilah sebabnya orang yang mempunyai kadar radikal bebas yang tinggi cenderung kelihatan lebih tua, mengalami kedutan, atau lebih mudah jatuh sakit.
Antioksidan ialah bahan yang boleh membantu menstabilkan radikal bebas. Ia banyak terdapat dalam vitamin C, selenium, buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu serta di sesetengah herba dan tumbuhan
Peranan utama antioksidan ialah “menderma” elektron kepada radikal bebas yang kehilangan elektron tadi. Apabila radikal bebas menerima elektron daripada antioksidan, ia menjadi stabil semula dan tidak lagi merosakkan sel.
Untuk pengetahuan anda, dengan mengamalkan pemakanan tinggi antioksidan, kita boleh mengurangkan kerosakan sel, memelihara kesihatan kulit agar lebih muda, anjal dan segar, menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit kronik yang berpunca daripada stres oksidatif.
Mungkin ada yang tertanya boleh ke kita mengukur tahap radikal bebas? jawapannya , Ya.
Terdapat ujian makmal yang boleh mengukur tahap stres oksidatif dalam badan. Ujian ini membantu menilai sama ada tubuh anda memerlukan lebih banyak pengambilan makanan atau suplemen antioksidan.
Memahami fungsi antioksidan dan radikal bebas memberi kita sebab yang jelas mengapa pemakanan seimbang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan sumber semula jadi lain sangat penting untuk kesihatan jangka panjang.