Exquisite! Prewedding Baim Wong, Paula Verhoenen Bertema Bulan & Matahari

Amri Hassan
Ogos 9, 2018 07:24 MYT
The Tale of Sun and Moon diangkat menjadi tema penggambaran prewedding pasangan merpati dua sejoli Baim Wong dan Paula Verhoenen.
Siri foto yang dibidik oleh jurugambar popular Riomotret itu memaparkan aksi intim pasangan tersebut berlatar belakangkan bulan.
Paula kelihatan anggun dalam persalinan dres putih rekaan Bramanta Wijaya manakala Baim menyarung kemeja putih polos dan berseluar hitam.
Pasangan itu juga sempat merakamkan foto bersama di Rumah Maroko, Indonesia baru-baru ini.
Baim menyarung sut coklat manakala Paula memilih dres panjang rekaan Vivi Valencia. Fotografi edisi kedua itu dibidik oleh jurugambar Darwis Triadi.
Difahamkan, pasangan itu akan menjalani sesi penggambaran prewedding sekali lagi di Jepun pada 20 Ogos ini berkonsepkan tradisional.
Baim dan Paula telah mengikat tali pertunangan pada 21 Julai lalu dan dijangka bakal berkahwin pada 22 November nanti di Jakarta.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @riomotret, @baimwong, @paula_verhoenen
#Baim Wong #Indonesia #Prewedding #Paula Verhoenen