HIBURAN
Eyka Farhana & Akhyar Rashid Naik Pelamin Lagi, Netizen Terpegun Dengan Majlis Perkahwinan Berturut-Turut: - “Bestanya Banyak Duit!”
Pelakon Eyka Farhana dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengadakan satu lagi majlis resepsi, berkonsepkan tradisional Melayu.
Majlis tersebut dipercayai berlangsung baru-baru ini di Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi video yang tular di media sosial pasangan itu kelihatan berseri-seri mengenakan pakaian pengantin tradisional, sambil berarak masuk dengan penuh anggun di hadapan para tetamu.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah jumlah majlis yang telah mereka adakan sejak sah bergelar suami isteri.@nabilazhar97_ Selamat pengantin baru buat akhyar rashid dan eyka farhana @Eykafarhana @Akhyar _Rashid ♬ Love story - Afalnisme.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai netizen tampil meluahkan rasa kagum dengan majlis perkahwinan pasangan tersebut.
“Bestnya banyak duit 😭 boleh buat banyak majlis, impian semua wanita 😍,” tulis seorang pengguna.
“Bagus dia buat untuk semua family dia. Diorang mesti ramai kenalan nak ajak dan tak semua senang nak gi so diorang yang bergerak.
“Wedding tour ke haritu dekat Kedah, ini dekat Kelantan pula.
“Korang tanya sangat bila dia nak kawen, sekali nahh tengok laa majlis dia yang banyak ni,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, Eyka dan Akhyar telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung dengan intim.
Tidak lama selepas itu, pasangan sama cantik sama padan ini mengadakan majlis ‘beach wedding’ serba eksklusif di sebelah pihak Eyka, lengkap dengan suasana ala-ala Maldives.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga meraikan malam berinai dalam tema Bollywood glamor, yang turut mendapat pujian ramai kerana penampilan unik dan elegan Eyka dalam persalinan rona keemasan yang memukau.
Kemudian, pasangan ini turut diraikan dalam majlis bertandang di Kedah, iaitu di pihak keluarga lelaki.
Untuk majlis itu, Eyka tampil dalam busana songket biru lembut dengan elemen tradisional yang masih mengekalkan gaya anggun dan sopan.
Kini, dengan tambahan resepsi tradisional di Kelantan, menjadikan jumlah keseluruhan majlis perkahwinan mereka terus menjadi bualan ramai.
Apa pun, tahniah buat Eyka dan Akhyar. Semoga bahtera perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi bahagia dan dirahmati.
Must-Watch Video