Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Eyra Hazali Rancang Pindah Rumah 'Landed' Dalam Masa Terdekat, "Kami Nak Ada Bilik Baby Sekali .."

Zulaikha Yusof 28/04/2020 | 08:58 MYT
Pelakon Eyra Hazali menyatakan dia belum mengetahui jantina bayi walaupun kandungannya sudah memasuki lima bulan.
BACA: "Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana Tapi Sangat Bersyukur" - Eyra Hazali Sahkan Hamil
Menurut Eyra, dia tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan keadaan bayi itu sihat.
"Jantina bayi masih tidak diketahui. Sepatutnya hari itu masa pergi buat pemeriksaan dah tau tapi doktor hanya buat pemeriksaan denyutan jantung dan anggota badan bayi.
"Kita fokus dengan keadaan bayi dulu. Jadi, untuk pemeriksaan seterusnya pada 29 April ini baru tau tapi itulah saya gementar sikit.
"Sebelum saya hamil, saya cakap nak anak lelaki diikuti dengan perempuan. Tapi sekarang ini dah tak kisah asalkan sihat," katanya menerusi segmen #ArtisDudukDiam.
Dalam pada itu, pelakon utama drama Mr.Grey mendedahkan dia akan berpindah rumah dalam tempoh terdekat ini jika diberi kebenaran.
"Kalau dapat kebenaran, kami akan pindah jauh sikit daripada kawasan rumah sekarang. Rumah 'landed' (bertanah) lagi selesa dan menyenangkan jika apa-apa berlaku.
"Rumah sekarang cuma ada dua bilik saja. Kami nak ada bilik bayi sekali ruang untuk ahli keluarga yang akan datang ziarah nanti.
"Jadi untuk beli barang besar macam kereta sorong (stroller) dan kerusi kereta kanak-kanak (car seat) kita tangguh dulu. Kita daripada kondominium ke 'landed' ini memenatkan juga walaupun ada lift. Kesian Haziq nak angkut semua barang, saya memang tak boleh nak tolong," katanya lagi.
Eyra dan suami, Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.
;