HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
Pelakon, Ezlisa Loy menghormati tindakan kakaknya, Elfira Loy yang mempertahankan dirinya dalam isu busana perkahwinan yang dikatakan mirip milik cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir iaitu Ally Mukhriz.
Jelas Ezlisa, dia juga pernah melakukan tindakan yang sama terhadap kakaknya itu.
“Sebagai kakak sudah semestinya dia akan jadi sangat protective, saya pun pernah melakukan perkara yang sama,” katanya.
Ezlisa ditemui Gempak selepas sesi sidang media Thariq Redzuwan: His Tresure dan Mandul Bukan Pilihan pada Khamis di TGV KLCC.
Dalam pada itu, Ezlisa turut memohon maaf sekiranya terdapat kenyataan atau perbuatan daripada pihaknya yang menyinggung mana-mana pihak.
“Saya dengan kakak saya okay sahaja, dia keluarlah apa statement saya okay sahaja. Sebagai kakak sudah semestinya dia nak melindungi saya. Tapi jika ada yang terasa saya minta maaf bagi pihak saya.
“Saya harap orang ramai dah tak besarkan isu ini, jangan gaduh pasal baju,” tambahnya.
Untuk rekod, Ezlisa Loy mengenakan busana songket biru muda rekaan Samm Republic ketika majlis persandingannya, namun beberapa netizen mendakwa busana tersebut menyerupai rekaan yang pernah digayakan oleh Ally Mukhriz lima tahun lalu, hasil rekaan Fiziwoo.
Sementara itu, Ezlisa dalam kenyataannya memaklumkan bahawa inspirasi busananya sebenarnya datang daripada pereka antarabangsa dari Filipina, Michael Cinco.
Must-Watch Video