Ezra Kong Dinobat Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi 2022 Anugerah MACP! Semak Senarai Pemenang Lain
Komposer Ezra Kong mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul anugerah Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 yang berlangsung di Hilton Hotel, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, penyanyi Naim Danieal diangkat sebagai penerima trofi Komposer Muda Berpotensi.
Satu anugerah khas iaitu Anugerah Nadi Cipta telah diberikan kepada komposer Datuk Sri Dr. Ahmad Nawab.
Menurut Pengerusi MACP, Datuk M Nasir berharap agar lebih ramai pekarya muzik yang mengambil peluang untuk menjana royalti melalui karya yang berkualiti.
“Saya amat berharap agar lebih ramai pekarya yang merebut peluang keemasan ini untuk menghasilkan lebih banyak karya dengan menggunakan platform digital sedia ada agar dapat meraih lebih banyak royalti.
“Saya juga berharap dengan penganjuran anugerah sebegini menjadi penyuntik semangat kepada perkarya muzik di luar sana,” katanya
Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi tanah air seperti Ernie Zakri, Syamel, Naqiu dan ramai lagi.
Berikut merupakan senarai lengkap pemenang bagi kategori yang lain:
1. Lagu Melayu dendangan terbanyak - Hutang (Komposer & Penulis Lirik : Zai Hamzah)
2. Lagu Cina dendangan terbanyak - A La Si Jia Hai Wan (Komposer : Firdhaus, Penulis Lirik : Firdhaus & Li Kang Ning)
3. Lagu Tamil dendangan terbanyak - Ennai Kollathey (Komposer : Ztish , Penulis Lirik : Yumanji)
4. Lagu Inggeris dendangan terbanyak - Crush (Komposer & Penulis Lirik : Yuna, Raymond Usher, Robinson Maelon, Warfield, Brian Keith)
5. Lagu luar negara dendangan terbanyak - Faded (Komposer & Penulis Lirik : Jesper Borgen, Anders Froeen, Gunnar Greve, Alan Walker)
6. Lagu pendapatan luar negara tertinggi - Tak Tahu Malu (Komposer & Penulis Lirik :Hezron Rayner)
7. Penerbit tempatan dengan pendapatan tertinggi - MVM Production Sdn. Bhd
8. Penerbit dengan pendapatan tertinggi - Universal Music Publishing Sdn Bhd