HIBURAN
Ezu Hashim Jadikan Nana Mahazan Rujukan Untuk Pengacaraan - “Saya Suka Dia Sebab…”
Pelakon, Ezu Hashim akui teruja apabila menerima tawaran untuk menjadi pengacara program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton.
Menurut Ezu yang popular dengan watak Tuyah dalam drama bersiri Khun:Sa, ini merupakan satu peluang yang bagus buat dirinya bagi mengembangkan bakat sedia ada.
“Masa saya dapat tawaran itu saya memang teruja namun cuak juga sebab saya kena masak sambil bercakap tapi saya fikir ini adalah peluang yang bagus untuk saya.
“Sebab selama ini saya berlakon, dan sekarang kena buat hosting jadi saya fikir mengapa tidak untuk saya kembangkan bakat saya jadi saya terima dan ia merupakan satu cabaran buat saya jadi saya nak tunjuk dekat orang yang saya boleh buat,” katanya.
Pemilik nama Ezuriani Hashim juga berkata sebelum memasuki set pengambaran dia banyak melihat bagaimana pengacara dan penyampai radio Zayyan, Nana Mahazan membuat pengacaraan.
“Saya tengok Nana Mahazan, sebab saya memang suka dia sebab dia sangat bersahaja saya cuba belajar bagaimana cara dia bercakap, ambil barang, dan sebagainya. Jadi dia menjadi rujukan saya untuk saya buat rancangan ini,” ujarnya.
Pada masa sama, Ezu juga berkongsi program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton sangat menarik kerana ia mengabungkan watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel), Kampung Pisang Bersiri-Siri (Joey Daud), P Ramlee (Tony Eusoff) dan ramai lagi.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan#DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.