The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra semakin mendapat sambutan positif di kalangan penonton.

Memasuki episod ketujuh esok, Ezurin akan keluar berkenalan dengan lelaki secara 'blind date' yang diaturkan oleh rakan rapatnya, Magie Abang Saufi.

Dalam episod-episod sebelum ini, dapat dilihat rakan-rakan Ezurin menyuruh serta menyokong beliau untuk mencari seorang pengganti sebagai pasangan hidup setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Malah, ibu Ezurin sendiri, Zelly Ariffin juga bersikap terbuka dan menerima sahaja jika anaknya itu sudah bersedia mendirikan rumah tangga lagi.

Meskipun Ezurin menganggap berkenalan dengan seorang lelaki bukan bermaksud lelaki itu akan terus menjadi pendamping hidupnya, tetapi perkara itu tidak disukai oleh anaknya, Tunku Amaan.

Tunku Amaan melihat sendiri seorang lelaki menghantar Ezurin pulang ke rumah selepas keluar bersama. Jelas kelihatan reaksi Amaan tidak selesa dengan perkara itu dan mula bertanya pelbagai soalan kepada ibunya.

Selain Amaan, Tunku Imaan juga tidak bersetuju jika Ezurin berkenalan atau 'dating' dengan seorang lelaki baru dalam hidupnya. Perkara itu dapat dilihat daripada perbualan Ezurin bersama Imaan menerusi panggilan video dalam episod minggu lalu.

Bagaimanakah Ezurin menjawab persoalan Amaan? Adakah beliau mampu meyakinkan Amaan untuk mempercayainya? Semuanya akan terjawab dalam episod ketujuh ini.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.