The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra, serta rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi telah memasuki episod ketujuh malam tadi.

Ternyata episod kali ini mendapat sambutan yang lebih hangat berbanding sebelumnya.

Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Di sini, Gempak imbaskan kembali lima perkara menarik yang berlaku dalam episod malam tadi.

1) Bekalan Elektrik Terputus Cetus Suasana Tegang Ezurin & Magie!



Pada permulaan episod, ketika Ezurin dan Magie sedang berbual pada waktu malam di rumah, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Ezurin cuba memeriksa kotak suis namun bekalan elektrik masih tiada.
Mereka kemudiannya memutuskan untuk mendirikan kemah dan duduk di dalamnya ketika ketiadaan bekalan elektrik malam itu.

Ketika memasang khemah, dua rakan baik ini hadapi suasana tegang dan meninggikan suara! Namun keadaan kembali normal selepas mereka berjaya mendirikan khemah dan duduk di dalamnya.

2) Magie Atur Pertemuan Ezurin Dengan Seorang Jurutera



Ya! Episod malam tadi menyaksikan Ezurin berkenalan dengan seorang jurutera. Pertemuan itu diaturkan oleh Magie. Mereka makan bersama dan berbual di sebuah restoran, menurut Ezurin, jurutera yang bernama Johan itu adalah seorang duda anak lima.

3) Ezurin Pergi Memanah Dengan Jejaka Muda



Selepas berjumpa Johan, Ezurin berkenalan pula dengan seorang lelaki muda bernama Syameel. Pada mulanya, jejaka ini hanya cuba nasib hantar mesej kepada Ezurin menerusi ruangan DM di Instagram. Ezurin bersetuju untuk berjumpa dengan Syamel dan melakukan aktiviti memanah bersama!

4) Tunku Amaan Bengang!



Ketika Syameel menghantar Ezurin pulang ke rumah, Tunku Amaan melihat jejaka itu dan bertanya kepada Ezurin siapa Syameel kepada ibunya itu. Banyak perkara yang dipersoalkan Amaan dan Ezurin cuba meyakinkan anaknya bahawa pertemuannya dengan Syamel tidak bermaksud jejaka itu akan menjadi pengganti sebagai pasangan hidupnya.

5) Impian Anak-Anak Ezurin Adalah Untuk Lihat Ibu Bapa Mereka Kembali Bersatu



Di penghujung episod, Ezurin mengatakan dia menyedari tentang impian anak-anaknya yang mengharapkan beliau bersatu semula dengan bekas suami. Sebab itulah Amaan tidak suka melihat ibunya bersua kenal dengan seorang lelaki baru dalam hidupnya.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.