The House : Ezurin Khyra Bersama Pak Nil telah ditayangkan malam tadi di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).

Sudah tentunya banyak perkara baru yang anda ketahui daripada temubual eksklusif Ezurin bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi itu.

Kepada anda yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand atau tonton semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Di sini Gempak imbas kembali sedikit daripada soalan-soalan yang ditanyakan Aznil dalam temu bual tersebut.

Siapakah Ezurin Khyra?

Ezurin menjawab, beliau adalah ibu kepada lima orang anak iatu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

"Saya suka dikenali sebagai seorang ibu kepada lima anak," kata beliau.

Dari Segi Personaliti, Adakah Ezurin Seorang Ibu Yang Garang?

"Saya tidak garang, saya lebih ke arah berdisiplin, bagi saya, disiplin sangat penting untuk semua anak.

"Kalau kita garang pun, boleh jadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetapi bila ajar mereka untuk berdisiplin dari kecil, mereka tahu mana betul mana salah," jawab Ezurin.

Anak-Anak Ezurin Tahu Cerita-Cerita Melayu?

"Anak-anak saya tahu, cerita P Ramlee pun mereka tahu, masa mereka kecil saya akan baca cerita Batu Belah batu bertangkup, jadi dalam Bahasa Inggeris Big Cave, Big Cave Open Big.

"Selain itu, cerita Si Tanggang juga merupakan cerita kegemaran mereka yang saya selalu ceritakan," kata beliau.

Bagaimana Dengan Orang Yang Bermuka-Muka?

"Saya cuma doakan mereka, itu sahaja. Kita tak patut marah, semua orang ada pendapat masing-masing," jawab Ezurin tenang.

Siapakah Di Hati Kamu?

"Tiada, sebab saya sibuk dengan anak-anak. Saya belum keluar keluar dating lagi," katanya.

Pak Nil juga bertanya tentang mencari pengganti pasangan hidup, Ezurin mengatakan ia merupakan satu keutamaan baginya.

"Dalam skala 10 (10 adalah yang paling utama), saya letakkan perkahwinan semula itu pada nombor 10," kata beliau.

Sudah tentu banyak lagi perkara yang ditanya Pak Nil dan dikongsi secara terbuka oleh Ezurin dalam program edisi istimewa ini, jangan lupa saksikan!

The House yang telah disiarkan selama 10 episod menampilkan Ezurin bersama lima cahaya matanya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

Program ini turut menampilkan rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi, dua pembantu peribadinya, Bell dan Nana serta beberapa penampilan istimewa yang diundang dalam episod berbeza.

Gempak sebagai portal rasmi membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.