Ezzanie Jasny Dedah Pernah Berada Dalam ‘Toxic Relationship’, Akhirnya Pilih Untuk Putus - “Mentally Torture & Rasa Stress”
Pelakon Ezzanie Jasny mendedahkan dirinya pernah berada dalam hubungan percintaan yang dilabelkan sebagai toksik.
Bertahan selama beberapa tahun
Menurut Ezzanie, hubungan itu berkekalan dalam jangka masa yang lama namun akhirnya ditamatkan untuk menjaga kesihatan mental.
“Pernah untuk beberapa ketika dan dalam jangka masa yang agak lama. Cara mengatasinya ialah dengan mengakhiri perhubungan itu dengan baik.
“Tetapi masa saya dalam situasi itu selama beberapa tahun, saya jadi macam Nuha iaitu watak saya dalam drama Dia Bukan Syurga.
“Saya ada sindrom yang merasakan bahawa dia akan berubah, ada pemikiran yang mahu bagi dia masa. Tetapi untuk perempuan, bila sudah lama dalam situasi sebegitu dia jadi pandai.
“Dia akan buat keputusan untuk meninggalkan hubungan itu dan begitulah. Hubungan toksik saya hanya mentally torture sikit. Rasa stress dan main otak,” jelasnya kepada Gempak.
Bertahan kerana sayang
Ketika ditanya mengapa tidak menghentikan hubungan itu sejak awak, Ezzanie berkata semuanya disebabkan rasa sayang.
“Kerana sayang dan rasa boleh baiki dia. Harap boleh baiki secara perlahan-lahan. Tetapi perkara itu tidak berlaku dan tidak berjaya.
“Jadi saya mengambil keputusan untukmengucapkan selamat tinggal,” ujarnya.
“Sebelum ini ada yang tanya Ezzany, watak bagaimana yang Ezzany mahu bawakan. Saya sukakan kepelbagaian dan tidak mahu dilihat stereotaip dalam lakonan.
“Bila saya dapat tahu watak Nuha ini ada penderaan fizikal, saya terus nak buat.
“Pada pendapat saya, Nuha stay sebab dia sayang pada Tajul. Selama dua tahun bercinta, mereka tiada masalah dan dia faham bila nak teruskan kebaikan iaitu ke level yang seterusnya.
“Rasa sayang itu makin kuat, makin sayang dan sayang. Mungkin di situ timbul rasa insecure untuk Tajul.
“Untuk Nuha pula dia sayang… Sayangkan Tajul. Sebab Tajul orang yang sweet dan baik tetapi lepas nak teruskan hubungan ke peringkat seterusnya, ada red flags dia.
“Waktu dia baik, dia macam lelaki kiriman Tuhan. Tetapi kalau nak tahu, kena tengok cerita ini,” ujarnya.
Dia Bukan Syurga yang diarahkan oleh Rashid Sibir ini dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi, Nazim Othman dan ramai lagi.
Saksikan Dia Bukan Syurga setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro One dan sooka.
Dia Bukan Syurga mengisahkan Nuha, wanita lemah lembutyang mendambakan perkahwinan bahagia bersama suaminya, Tajul.
Walaupun sedar Tajul berpenyakit dan panas baran, Nuha percaya dia mampu merawat da mengubahnya.
Namun, realiti pahit menyusul apabila Tajul menjadi semakin cemburu, mengawal dan mendera Nuha secara emosi dan fizikal.
Dia dipaksa menjauh dari keluarga dan rakan-rakan, terperangkap dalam perkahwinan penuh penderitaan.
Nuha tetap bertahan dengan harapan kehamilannya bakal mengubah Tajul. Namun, kemarahan Tajul meragut zuriat mereka dan menghantar Nuha ke hospital.
Insiden itu membuka matanya, dia perlu menyelamatkan diri. Dengan sisa kekuatan, Nuha tinggalkan Tajul dan pulang ke pangkuan keluarga, meskipun dibelenggu trauma dan luka batin yang dalam.
Dalam proses penyembuhan, Arham, abang ipar yang penyayang, sentiasaada, memberi sokongan tanpa paksaan.
Perlahan-lahan, Nuha mula memahami erti cinta yang sebenar, yang membina, bukan menghancurkan. Dengan sokongan Arham dan kekuatan dirinya sendiri, Nuha bangkit semula.
Ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi kisah keberanian seorang wanita membebaskan diri daripada penderaan dan mencari makna kebahagiaan sebenar.