Pelakon Ezzaty Abdullah selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Ezzaty memberitahu dia dia dan bayi sulungnya kini berada dalam keadaan sihat.

Berkongsi mengenai proses kelahiran bayinya itu, Ezzaty memberitahu ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan selepas bertarung nyawa selama 28 jam di dalam bilik bersalin.

Bagaimanapun dia bersyukur semualanya selamat dan berharap puteri sulungnya itu dapat menceriakannya dan pasangan Azwan Kombos.

Selain itu, Ezzaty turut berterima kasih kepada ibunya dan juga rombongan Umrah yang berada di tanah suci kerana mengerjakan solat hajat bagi mempermudahkan proses bersalinnya.

Rata-rata pengikut IGnya juga mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Terima kasih kepada semua rombongan jemaah umrah ibu dan bapa saya di Makkah buatkan solat hajat untuk saya. Alhamdulillah baby dan saya sihat. Terima kasih juga kepada followers yang sentiasa mendoakan & menasihati saya. Semua saya hargai sangat2. Alhamdulillah syukur. Pengalaman di labor room selama 28 jam ni jd satu kenangan dan pengajaran buat saya dan suami yang takkan kami lupakan. InsyaAllah dgn kehadiran puteri sulung kami ni akan menceriakan lagi keluarga kecil kami❤️ Sekali lagi terima kasih sangat semua.

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on