Ezzaty Abdullah Selamat Lahir Bayi Perempuan Selepas 28 Jam Dalam ‘Labour Room’

helmi_zainalabidin
Disember 7, 2017 03:00 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah selamat melahirkan bayi perempuan semalam.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Ezzaty memberitahu dia dia dan bayi sulungnya kini berada dalam keadaan sihat.
Berkongsi mengenai proses kelahiran bayinya itu, Ezzaty memberitahu ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan selepas bertarung nyawa selama 28 jam di dalam bilik bersalin.
Bagaimanapun dia bersyukur semualanya selamat dan berharap puteri sulungnya itu dapat menceriakannya dan pasangan Azwan Kombos.
Selain itu, Ezzaty turut berterima kasih kepada ibunya dan juga rombongan Umrah yang berada di tanah suci kerana mengerjakan solat hajat bagi mempermudahkan proses bersalinnya.
Rata-rata pengikut IGnya juga mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
#Ezzaty Abdullah