Fabulous...Kemunculan Neelofa Di Milan Fashion Week Jadi Perhatian!

Asraf Aided
Februari 24, 2019 23:30 MYT
Aktres dan pengacara popular, Neelofa kini berada di Milan untuk menghadiri beberapa pertunjukan jenama mewah dalam acara Milan Fashion Week.
Neelofa telah berkongsi beberapa foto menarik menunjukkan dia menyarung helaian mewah antarabangsa seperti jenama Fendi, Salvatore Ferragamo, Prada dan Max Mara untuk menghadiri pertunjukan fesyen setiap jenama tersebut.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Bukan sekadar bergaya ke pertunjukan fesyen, kemunculan Neelofa di acara berprestij itu menerima perhatian dari pihak pengurusan jenama Salvatore Ferragamo yang berkongsi foto Neelofa di sebuah entri di akaun Instagram rasmi mereka.
“Malaysian actress, Neelofa, American actress, Suki and model, Lottie Moss make an appearance at Ferragamo Fall Winter 2019 show,” tulis di ruangan kapsyen.
Selain Neelofa, pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya turut berada di Milan untuk menghadiri beberapa pertunjukan di acara berprestij itu.
#Neelofa #Milan Fashion Week