FaceApp Cik B Paling Win Setakat Ni! Muka Berubah Jadi Gangster!

Fiza Kamarudin
Jun 19, 2020 03:33 MYT

Akhir-akhir ini aplikasi FaceApp kembali menjadi kegilaan wargamaya dan tidak ketinggalan, anak kepada pengasas Vida Cosmetics, Cik B yang turut menyunting wajahnya.

Cik B menjadi perhatian warga Twitter sejak malam tadi selepas dia memuat naik beberapa keping foto wajahnya yang telah disunting menggunakan FaceApp.

Lucunya, Cik B telah memilih untuk memuat naik foto FaceAppnya sebagai seorang lelaki dengan raut wajah bengis dan garang.
Cik B kemudiannya telah menulis ciapan “Perghhh cam gangster” yang kemudiannya telah menarik perhatian hampir 20,000 warga Twitter.
Perkongsian tersebut juga telah menerima lebh daripada 6,700 ulang kicau berserta ratusan komen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Cik B itu.
Malah ada yang menukar gelaran Cik B kepada Abang B selain menyamakan wajah suntingannya dengan penyanyi rap DJ Khaled dan pelakon Along Eyzendy.
Kepada yang masih belum aware, FaceApp merupakan aplikasi membolehkan wajah disunting mengikut umur dan jantina yang kita mahukan.

Perghh cam gangster pic.twitter.com/22yclBEnqW

— cikb havoc (@HavocCikb) June 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Cik B #FaceApp