Pelakon Yana Samsudin memberitahu penglibatannya dalam dunia penstriman permainan atas talian (eSport) bukan sekadar suka-suka sebaliknya dia menggalas tanggungjawab tersendiri.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Fadzil Zahari itu berkata, dia juga bertindak sebagai ‘pengawas’ bagi memantau dan mendidik pengikut yang jauh lebih muda darinya.

“Menerusi gaming, saya meraih banyak pengikut. Jadi bukan sekadar suka-suka kerana saya ada kelompok peminat tersendiri. Facebook yang saya cipta khas untuk gaming pun sudah mencecah hampir sejuta pengikut.

“Saya bukanlah sekadar main game sahaja. Saya bagai ada satu tanggungjawab untuk mendidik anak muda yang minat untuk mencuba sesuatu yang boleh menonjolkan bakat mereka.

“Pada masa sama, saya selitkan juga kisah motivasi, suntikan semangat dan elemen kerohanian. Arena eSports ini dipelopori oleh ramai anak-anak muda, jadi perlu ada seseorang yang beri nasihat dan tunjuk ajar mengenai tanggungjawab. Jadi tugas saya adalah untuk pantau mereka,” kata Yana.

Sempena GMWA2022 yang bakal berlangsung pada 26 Februari tahun hadapan, Yana tercalon dalam kategori Personaliti Gamer Tergempak bersama Soloz, Kambing Golek, Jaa Suzuran dan Daddy Hood.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.