Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Facebook Kena Godam & Siar Video Bogel, Ning Baizura Terpaksa Tutup Akaun!

Amri Hassan
01/10/2021 03:50 MYT
Penyanyi Ning Baizura mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadi dan Fan Page setelah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab minggu lalu.

Sepanjang tempoh seminggu itu, Ning terkejut apabila akaun terbabit menyiarkan video tidak senonoh.

"Buat masa ini saya terpaksa menutup dan memadamkan akaun Facebook saya! Hari yang menyedihkan.

"Ini merupakan pilihan yang sukar bagi saya namun terpaksa juga dilakukan. Facebook saya telah digodam beberapa kali sepanjang seminggu ini.

"Mereka telah menyiarkan video bogel sekali lagi hari ini. Begitu juga di FB stories. Tolong laporkan dan unfollow laman tersebut. Bye bye Facebook," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.



Ning akan mengemaskini perkembangan semasanya menggunakan Instagram dan akan memaklumkan sama ada dia bakal membuka semula akaun Facebook miliknya.

"Rasanya saya perlu menghindari tenaga toksik dan maju ke hadapan. Saya percaya ada hikmah di sebalik dugaan yang berlaku," tambah Ning.

Biarpun tewas pada penggodam, pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu berjanji akan membuka akaun baharu pada masa akan datang.

Insiden yang berlaku itu diakui beberapa peminat setianya yang terkejut dengan perkongsian lucah di akaun Facebook milik Ning.

"Patutlah tadi terkejut tengok video tu," kata pemilik akaun @soozy_och.

"Saya unfollow FB Ning masa hari pertama nampak gambar tak senonoh di FB story. Dah aga mesti kena godam.

"Sebelum itu, FB kumpulan nasyid Hijjaz kena godam cara sama. Bayangkan Islamic content pun tiba-tiba ada gambar bogel. Terkejut sungguh," tulis @misshannaibrahim.

"Mak saya follow akaun FB you, tadi baru je dia tanya kenapa Ning share gambar pelik ni. Kemudian I bagitahu dia FB Ning kena godam," tambah @puterinadiasabdin.

"Oh no. Saya faham perasaannya, akaun IG pertama saya pun dulu pernah digodam dan akaun FB baru saja digodam ketika lockdown ini tapi saya berjaya mendapatnya semula.

"Tak mengapa, nikmati dulu waktu detoks ini," kata pelakon Ramona Zamzam.

Difahamkan, akaun Facebook Ning mula digodam pada 18 September lalu namun penyanyi itu berjaya mendapatkan akaunnya semula selepas 13 jam.

#Penyanyi #Viral #Ning Baizura #Facebook #Bogel #Godam #Hacked #Nudity
;