Laman Utama

Fadzil Zahari Nafi Foto Sunting Dalam Besen Merah Bersifat Perli - "Kat Mana Gambar Ni Mengaibkan Orang?

Zulaikha Yusof
05/04/2021
01:20 MYT
Suami kepada pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari, 38, menyangkal dakwaan netizen foto yang disunting bersama isterinya di dalam besen berkait rapat dengan aktres Nonny Nadirah, 32.
Menurut Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari berkata dia tidak ada menyebut nama sesiapa, malah perkongsiannya itu bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak.
"Salam Jumaat semua... Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesapa pun dalam gambar ni, takda nama sesapa pun kat sini?" balasnya di ruangan komen.
Berdasarkan kapsyen yang ditulis di foto tersebut, ia bukan ditujukan direct kepada Nonny tetapi hanya sekadar hiburan.
Namun, disebabkan menggunakan besen yang sama dengan Nonny, Fadzil dihentam netizen kerana dituduh tidak sensitif.
BACA: "Curi Besen Nonny Ke Tew" - Sunting Gambar Dalam Tong Air, Fadzil Zahari Perli Nonny Nadirah?
Hasil pemerhatian Gempak, Nonny dipercayai telah memadam semua foto dirinya termasuk foto seksi.
Bukan itu sahaja, gambar profil pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin turut dipadam di akaun Instagram yang mempunyai lebih 500,000 pengikut.
Sebelum ini, ramai yang terkejut dengan tindakan Nonny memuat naik dua video seksi.
Pertama, Nonny berkongsi video wanita berseluar pendek dan memakai visor dan terbaharu aksi seorang wanita berendam di dalam baldi menampakkan bahagian belakang, dengan kapsyen 'soap' (sabun) bersama emoji perkataan terbabit.
BACA: Nonny Nadirah 'Up' Video Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur! - "Hari Ni Aku Sangat Frust"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"

gempak
24/07/2024
07:48 MYT
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil membuat permohonan setelah tersilap memuatnaik foto tanpa berhijab di akaun Instagramnya.
Viral

Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie

gempak
28/04/2024
14:54 MYT
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto pernikahan bersama seorang wanita.
Viral

Netizen Terhibur Penjual Teh Susu Tak Kenal Bill Gates Yang Berfoto Dengannya

gempak
06/03/2024
14:23 MYT
Seorang penjual teh susu di pinggir jalan di Nagpur, India, Dolly Chaiwala menjadi tular di media sosial
Laman Utama

Fadzil Temani Farid Ketika Rumah Tangga Bergolak! - "Jika Dia Berseorangan, Saya Takut Dia ..."

gempak
21/10/2023
02:30 MYT
Bagus Fadzil Zahari ni...
Laman Utama

Genap 3 Bulan, Madammu Dedikasi Foto Wajah Anak Buat Yang Mengikuti Perjalanan IVF

gempak
08/09/2023
08:43 MYT
Madammu kongsi wajah anak...