Laman Utama
Fadzil Zahari Pernah Hubungi Teman Lelaki Sajat, Pesan Takut Tak Perasan - "Your GF Is A Man"
Pelakon dan pengarah Fadzil Zahari mengakui pernah menghubungi teman lelaki usahawan kosmetik Nur Sajat, Jad Issa atau Jadoos menerusi Instagram sebelum ini.
Jelas Fadzil, tujuannya untuk menyampaikan pesan dan memaklumkan bahawa kekasihnya itu seorang lelaki.
"Masa memula dia couple dengan laki Lubnan tu saya dah DM dah mamat tu.
"'Bro please check, yout GF (teman wanita) is a man'. Saya cuba bantu kot-kot mamat tak perasan," tulis Fadzil menerusi komen di sebuah akaun Instagram portal tempatan baru-baru ini.
@fadzilzahari
Doakan kembali ke pangkal jalan bukan #TillJannah tau ?♬ Papalepa - ????
Selain itu, Fadzil turut berkongsi paparan skrin mesej yang dikirimnya kepada Jadoos.
"You are dating a man. Please check carefully," tulisnya menerusi mesej yang dikirim pada 24 Februari tahun lalu.
Fadzil sekali lagi menghantar kiriman teks kepada Jadoos berbunyi 'Innalillah' sekitar Jun tahun sama.
Menjawab pertanyaan netizen mengenai tindakannya itu, kata Fadzil itu usahanya untuk membendung perkara terlarang menjadi lebih meluas.
"Hubungan laki sama laki adalah haram. Suka ka tak suka ka tak peduli.
"Memang kena masuk campur sebab dia muslim," jelasnya.
Must-Watch Video