Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Pakai Tudung Labuh, "Sampai Jadi Fenomena ..."

Zulaikha Yusof 18/08/2020 | 02:38 MYT
Pelakon Faezah Elai, 38, meluahkan rasa gembira selepas mengetahui ramai kalangan wanita mula mengikuti gaya tudung labuh yang dipakainya.
Menurut Faezah, dia berharap agar semua orang terus beristiqamah dalam menutup aurat.
"Ya Allah serius korang ikut cara saya pakai tudung? Tiada perkataan untuk saya gambarkan perasaan selepas membaca komen-komen anda semua.
"Terima kasih dengan ucapan. Alhamdulillah mari lakukan ini. Kita istiqamah sama-sama. Sayang semua,"tulisnya.
Dalam pada itu, Faezah turut berkongsi sebuah akaun Instagram (IG) iaitu @properhijab yang mendedahkan mereka menjadi saksi melihat golongan wanita mengenakan hijab dengan cara yang betul.
"Seseorang yang bernama Faezah Elai, nampak seperti influencer yang biasa-biasa, tapi sebenarnya luar biasa.
"Kami di Proper Hijab menyaksikan sendiri betapa ramainya yang mula berubah ke tudung labuh asbab Faezah Elai.
"Mungkin biasa bagi org lain tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyaknya pahala berterusan yang mengalir buat dia.
"Cara dakwah setiap manusia berbeza-beza. Ini lah dakwah seorang Faezah Elai. Membuatkan lebih ramai berani bertudung labuh.
"Tak perlu tunggu sempurna, tak perlu tunggu nanti. Bila kita buka hati untuk sarung tudung labuh, sedikit sebanyak hati kita mula mencari Allah. Sedikit demi sedikit mula untuk tutup dengan sempurna.
"Terima kasih Faezah Elai. Kerana mu ramai sangat-sangat dah tak pandang pelik tudung labuh.
"Ramai dah makin yakin bertudung labuh. Sampai jadi fenomena. Subhanallah.
"Sesungguhnya kami cemburu, banyak sangat pahala untuk susuk yang bernama Faezah Elai," tulis pentadbir akaun itu.

Ya Allah.. seriously u gais really follow the way i dress?? There’s no words for me to describe how I feel after reading all of ur comments.. Thank you for all the wishes.. Alhamdulillah.. Let’s do this!! Istiqomah sama2!! ?? Love you Gais much2 ? (Swipe Left) . Posted @withregram • @properhijab HAPPY BIRTHDAY PUAN FAEZAH ELAI ❤️ _ Seseorang yang bernama Faezah Elai, nampak seperti influencer yang biasa2, tapi sebenarnya luar biasa. Kami di Proper Hijab menyaksikan sendiri betapa ramainya yang mula berubah ke tudung labuh asbab Faezah Elai. _ Mungkin biasa bagi org lain tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyak nya pahala berterusan yang mengalir buat dia. Cara dakwah setiap manusia berbeza2. Ini lah dakwah seorang Faezah Elai. Membuat kan lebih ramai berani bertudung labuh. _ Tak perlu tunggu perfect, tak perlu tunggu nanti. Bila kita buka hati untuk sarung tudung labuh, sedikit sebanyak hati kita mula mencari Allah. Sedikit demi sedikit mula untuk tutup dengn sempurna. _ Terima kasih Faezah Elai. Kerana mu ramai sangat2 dah tak pandang pelik tudung labuh. Ramai dah makin yakin bertudung labuh. Sampai jadi fenomena. Subhanallah. Sesungguhnya kami cemburu, banyak sangat pahala untuk susuk yang bernama Faezah Elai. _ Selamat hari lahir Puan Faezah Elai. Semoga diberi kan umur yang berkat, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta diberikan ganjarang syurga tertinggi. We love you ❤️ _ Ikhlas dari Azie & Team Proper Hijab. _ Siapa yang start pakai tudung labuh asbab Faezah Elai??‍♀️??‍♀️ . #Thankyouproperhijab #alhamdulillah #feelingblessed #faezahelai #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Terdahulu, Faezah merupakan antara artis yang dipuji netizen kerana berpenampilan sopan selain mengenakan tudung labuh.
BACA: “Sebab Akak Saya Pakai Tudung Labuh…”- Faezah Elai Terharu
BACA: “Pakai Labuh, Syukur Ramai Mula Tutup Dada Tapi…”Faezah Elai Mohon Jangan Guna Namanya Jual Tudung
#Faezah Elai #Tudung Labuh
;