Semalam (Sabtu) telah berlangsung perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' di sekitar Dataran Merdeka yang dianjurkan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat .

Turut tular, seorang pelakon yang dikatakan turut menjadi peserta perhimpunan aman tersebut bersama 400 orang individu lain.

Pelakon yang dikaitkan netizen dengan perhimpunan tersebut ialah Fahad Iman kerana dia di antara yang terbuka berkongsi mengenai ‘bendera hitam’ dan #lawan.

Malah menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Fahad, pelakon Suri Hati Mr.Pilot itu turut memuat naik beberapa foto ketika menyertai perhimpunan tersebut.

Selain itu, Fahad turut menggunakan foto bendera hitam dan menulis perkataan #lawan di ruangan bio IGnya.

A post shared by Fahad Iman ? (@fahadiman)


Semalam, media melaporkan sekumpulan individu mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, kira-kira jam 11 pagi.

Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam dilihat membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jenazah.

Polis turut dilihat melakukan pemantauan melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi.