Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Faham Tengah Marah, Tapi Perlu Ke Aniaya Customer & Seller? – Video Mogok Pekerja Syarikat Kurier Tular!

Fiza Kamarudin
07/02/2021 04:10 MYT
Sejak pagi tadi tular di media sosial video sekumpulan pekerja dipercayai daripada syarikat kurier terkenal, J&T Express sedang melancarkan mogok.

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan kekecohan pekerja mogok sedang mencampakkan barang-barang milik pelanggan di gudang syarikat penghantaran terbabit.

Difahamkan mogok dilancarkan pekerja syarikat penghantaran J&T Express kerana mendakwa pengurusan syarikat yang tidak adil dalam pembayaran gaji.

Rata-rata wargamaya berpendapat, mereka memahami derita yang sedang dilalui perkerja J&T Express namun tindakan merosakkan barangan pelanggan adalah tidak wajar.

Akibatnya, yang akan menanggung kerugian adalah pelanggan dan peniaga bukannya syarikat tempat mereka bekerja.

Wargamaya juga meminta pekerja mogok menghentikan perbuatan menjadikan peniaga dan pelanggan sebagai mangsa, sebaliknya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sehingga kini, syarikat penghantaran J&T Express masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai situasi tersebut.

Terdahulu sebuah video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.
#Viral #Tular #Pekerja J&T Mogok #Syarikat Kurier
;