Hiburan

Fail Cerai Pada Januari, Isteri Pertama Datuk Red ; “Ini Bukan Keputusan Saya Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
18/03/2024
02:02 MYT
Sponsor Banner
Fail Cerai Pada Januari, Isteri Pertama Datuk Red ; “Ini Bukan Keputusan Saya Tapi…”
Isteri pertama kepada usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk sebutan kedua kes tuntutan perceraian terhadap suaminya pada Isnin.

BERITA TRENDING: Madu Turut Fail Cerai, Ini Respon Adira Suhaimi…

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Sharifah Norshafila atau mesra disapa sebagai Datin Red ketika ditemui berkata keputusan untuk berpisah itu bukan daripadanya namun berasakan ia yang terbaik.
“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ini bukan keputusan saya. Itu saja… tapi saya rasa ia adalah yang terbaik,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Bukan Saja Adira, Datuk Red Juga Bakal Hilang Isteri Pertama - “Untuk Keputusan Ini, Mereka Tidak Ada Pakatan”

Untuk rekod, madu kepada penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan tuntutan perceraian terhadap suaminya itu pada penghujung Januari lalu.
Pada awal Februari lalu, isteri pertama Adnan menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik foto dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.
Ibu kepada lima cahaya mata itu seolah-olah memberi bayangan mengenai kehidupannya apabila mengungkapkan ketentuan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.
Bagaimanapun, proses JKP antara Adira dan Adnan yang berlangsung pada 5 Mac lalu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live