Fail Cerai Terhadap Fattah Amin, Fazura Nampak Tenang... Rakan Artis Titip Kata-Kata Semangat Dan Doa
Khairil Khusyairi
13/09/2024 07:55 MYT
13/09/2024 07:55 MYT
Berita aktres dan usahawan popular, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Fattah Amin pada Jumaat mendapat perhatian rakan-rakan selebriti.
Rakan Artis Titip Semangat
Menjengah ke profil pelakon itu, rata-rata rakan-rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat buat Fazura.
Hantaran yang dimuat naik Fazura itu dihujani lebih 2,100 komen daripada peminat selain rakan-rakan artis.
Hantaran yang dimuat naik Fazura itu dihujani lebih 2,100 komen daripada peminat selain rakan-rakan artis.
Semua mendoakan Fazura agar terus tabah dengan dugaan yang dihadapi ketika ini selain menghantar emoji tanda sayang buat Fazura.
Antara yang memberi komen termasuklah pelakon Fasha Sandha yang mengharapkan urusan Fazura dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahakan segala untuk insan baik ini,” tulis Fasha.
Sementara itu, pelakon Mimi Lana turut meninggalkan komen dengan mendoakan Fazura tabah untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Semoga Allah merahmati dan memberi kemudahan, dan semoga Allah memberi kesabaran dalam mengharungi ujian ini, Amin,” titip Mimi Lana.
Selebriti lain yang juga berkongsi rasa sama adalah seperti Uqasha Senrose, Adira Suhaimi, Zizi Kirana, Riena Diana, Dr Malar dan ramai lagi.
Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.
Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.
Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.
Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.