“Fail Hadanah Bukan Nak Berebut, Tapi Untuk Anak Dapat Kasih Sayang Sempurna” - Fizi Ali
Mya Amri
22/01/2024 04:13 MYT
22/01/2024 04:13 MYT
Penyampai radio Fizi Ali menjelaskan tindakan memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mengiginkan puterinya itu mendapat kasih sayang yang sempurna.
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 37, apa yang diharapkan adalah anak perempuannya Nur Ameena Sofia, 5, mendapat hak sepatutnya iaitu kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa.
"Saya bukan hendak berebut atau apa sebaliknya apa yang lebih penting adalah anak saya mendapat kasih sayang.
“Oleh kerana sebelum ini perbincangan berdua tidak dapat diselesaikan, saya rasa inilah jalan paling sesuai sekali (hadanah)," katanya yang memfailkan hadanah itu pada bulan lalu.
Hari ini kedua-dua pihak hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi sebutan kes tuntutan itu.
Tambah Fizi lagi, dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.
Terdahulu, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.
Sebelum itu, Fizi telah memuat naik hantaran dalam Instagram meluahkan rasa rindu terhadap anaknya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.
Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Untuk info, Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Fizi Ali sebelum ini memilih untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

BERITA TRENDING: Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!