Terkini

#FailJenayah: Dipukul & Dibakar, Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Paling Tragis Di Malaysia

gempak
Gempak
03/08/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
#FailJenayah: Dipukul & Dibakar, Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Paling Tragis Di Malaysia
Kes pembunuhan melibatkan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan rakannya berakhir dengan urutan tragedi pada 16 Mac 2017. Peristiwa ini menggemparkan negara dan meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa.
Sosilawati, pengasas Nouvelle Visage, bersama tiga rakan sekerjanya, telah dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam di Tanjung Layang, Morib, Selangor.
Kejadian ini mendapat liputan meluas daripada pihak media dan menjadi peristiwa hitam yang diingati dalam sejarah jenayah di Malaysia.

BERITA TRENDING: #FailJenayah: Pembunuhan Kejam Along Spoon, Mayat Disumbat Dalam Guni & Pembunuh Bebas Selepas Penjara 33 Tahun

BERITA TRENDING: #FailJenayah: Suzaily Dirogol, Diliwat, Dibunuh Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Imbas Kembali Kronologi Kes 24 Tahun Lalu

Pihak polis telah mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa dipukul sampai mati, dibakar mayat mereka dan abu dibuang ke dalam Sungai Panchau, Ladang Gadong, Banting, Selangor. Sungai itu terletak dua kilometer dari ladang ayam di Tanjung Sepat, tempat pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga rakannya. Pasukan penyelam Polis Marin telah menjalankan pencarian bahan bukti untuk siasatan kes tersebut.
Ketika pencarian bahan bukti itu sedang giat dijalankan, pihak forensik telah berjaya menemui beberapa bahan bukti kes pembunuhan itu di dalam Sungai Panchau. Antara bahan bukti yang dijumpai mereka adalah cebisan tisu tubuh mangsa, abu mayat, tiga utas jam tangan, enam keping zink, pisau 30 sentimeter, dua telefon bimbit, sebatang besi, kayu dengan kesan terbakar, kunci BMW X5, dan cangkuk sawit.
Berikut adalah kronologi mengenai kes pembunuhan dan pembakaran Datuk Sosilawati bersama tiga rakan kerjanya.
- Pada 30 Ogos 2010, Datuk Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga rakan sekerjanya, Norhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas ke Banting atas urusan kerja.
- Menurut sumber, kereta BMW X5 hitam milik Sosilawati ditemui di tapak letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ di Subang Jaya serta sebuah lagi kenderaan milik Ahmad Kamil turut ditemui di depan kawasan perumahan teres dua tingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Dipukul, Ditikam, Dibakar

- Kejadian itu dikatakan mereka dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul untuk melemahkan mangsa sebelum tangan diikat menggunakan dawai.
- Kemudian, mangsa ditikam menggunakan senjata tajam oleh pembunuh sehingga mati berlumuran darah. Salah seorang dari mangsa dikatakan dikerat tubuhnya sebelum dibakar.
- Selepas membunuh mangsa, pembunuh itu telah melumur tubuh mangsa dengan tahi lembu untuk mempercepatkan proses pembakaran. Seterusnya, mangsa dijurus minyak petrol dan membakar sehingga menjadi abu bertujuan untuk menghapuskan bukti di ladang kelapa sawit milik salah seorang pembunuh itu.
- Sebelum membakar mangsa, mereka telah membalut mangsa dengan zink dan selepas proses pembakaran itu, mereka terus mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau. Senjata yang digunakan juga dibuang ke dalam sungai yang sama.
- Hampir dua minggu, lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Suspek ditahan

- Kemudian, salah seorang bekas peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorang peguam, turut ditahan bagi membantu siasatan. Selang beberapa hari, dua lagi suspek turut ditahan.
- Selepas siasatan dibuat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran.
- Berikutan adalah bukti dan DNA yang diperoleh, Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan (21), R. Matan (22), dan R. Kathavarayan (33), diheret ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, atas tuduhan membunuh pada 13 Oktober 2010. Dua lagi tali barut bekas peguam itu, U. Suresh dan K. Sarawanan, yang mengaku bersalah menghapuskan bahan bukti pembunuhan, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
- Perbicaraan kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam pada 4 Julai 2011. Fakta yang mengejut apabila Pakar Perunding Forensik Dr Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan penemuan 2,030 spesimen besar tulang atau gigi mangsa yang dibakar pada suhu sekurang-kurangnya 800 darjah Celsius ke atas.

Hukuman

- Penantian tempoh perbicaraan berakhir pada 23 Mei 2013 apabila Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

BERITA TRENDING: Gagal Jawab Soalan Telur Atau Ayam Yang Wujud Dahulu, Lelaki Ini Dibunuh Rakannya

BERITA TRENDING: Angelina Jolie Upah Pembunuh Bunuh Dirinya: “Dia Beri Saya Masa Dua Bulan…”

- Hakim Datuk Akhtar Tahir memuji kecekapan polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ini dalam tempoh kurang dari dua tahun, menyifatkannya sebagai 'bertaraf dunia'.
- Namun, pada 16 Mac 2017, panel hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Matan selepas mendapati kekurangan bukti yang cukup untuk mengaitkan lelaki itu dengan pembunuhan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live