Hiburan

Failkan Penceraian, Hanez Suraya Gagal Dihubungi

gempak
Kamaruddin Razal
23/01/2017
08:47 MYT
Sponsor Banner
Failkan Penceraian, Hanez Suraya Gagal Dihubungi
Selepas mendapat berita mengenai pelakon Hanez Suraya yang memfailkan penceraian sebentar tadi, Astro Gempak cuba mendapatkan penjelasan Hanez namun pelakon itu gagal dihubungi.
Astro Gempak telah membuat beberapa panggilan serta kiriman WhatsApp namun tidak mendapat sebarang respon.
Sementara itu, menerusi laporan BH Online, Hanez tidah hadir di mahkamah dan dia hanya diwakili oleh peguamnya.
Khabar mengenai krisis perkahwinan Hanez bersama Romie telah mula diperkatakan beberapa bulan lalu.
Namun begitu, dakwaan itu tidak lagi diperkatakan selepas Hanez dan suami pergi bercuti di Jepun bersama anak pada Disember lalu.
Hanez Suraya atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 32, memfailkan perceraian terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais, 37, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie pada 25 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live