Faizal Tahir Bidas Individu Suruh Penerima Vaksin Tunjuk Wajah Kesal, Dakwa Vaksin Syubhah & Najis
Amri Hassan
30/07/2021 07:20 MYT
30/07/2021 07:20 MYT
Penyanyi Faizal Tahir membidas kenyataan seorang pengguna Facebook yang meminta agar penerima vaksin menunjukkan wajah kesal ketika bergambar selepas disuntik.
Tulis individu berkenaan, penerima vaksin sepatutnya risau kerana disuntik bahan-bahan syubhah dan dikategorikan najis.
"Tak payahlah berbangga bergambar menunjukkan kita telah divaksin. Sepatutnya kita bersikap risau dan takut kerana tubuh kita disuntik bahan-bahan syubhah dan boleh dikategorikan najis.
"Itu hanyalah satu ikhtiar setelah 'pakar' perubatan dan agama percaya tidak ada cara lain untuk menangani wabak ini selain melalui suntikan bahan tersebut ke dalam tubuh.
"Sepatutnya tunjuk wajah kesal bukannya gembira. Macam orang Islam yang terpaksa makan babi sebab tidak ada makanan lain.
"Makan sekadar untuk kelangsungan hidup. Ada pernah tengok orang Islam makan babi tunjuk thumbs up?" tulisnya.
Menyifatkan tindakan individu berkenaan seperti cuba mencetuskan kegentaran awam dan sengaja menjadi batu api, Faizal menegaskan orang ramai seharusnya bijak dan sentiasa berikhtiar untuk menjaga diri sendiri dan keluarga.
"Mereka yang bergambar dah divaksin, itu hak masing-masing dan hanya Allah yang tahu niat masing-masing.
"Islam adalah agama yang mengajar kita untuk berfikir secara rasional dan mengikut logik. Kalau tak mampu, sekurang-kurangnya jagalah adab dan akhlak ketika berkomunikasi.
"Pendek kata, orang nak vaksin atau tidak, nak bergambar atau nak berzumba setelah divaksin, itu hak masing-masing dan niat masing-masing hanya Allah yang tahu.
"Tapi janganlah jadi batu api, menakut-nakutkan orang dan jadi penyebab yang menghalang orang dari terus berikhtiar untuk membuat sesuatu yang dirasakan baik untuk dirinya. Islam itu indah untuk orang yang berfikir," pesan Faizal.
Turut menyiarkan hantaran sama di Instagram adalah pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya.
"Lah, kena buat buka kesal ke? Mufti, ulama, ustaz semua tersenyum manis saja selepas disuntik vaksin," tulis Fedtri.

#Penyanyi
#Viral
#Faizal Tahir
#Netizen
#Facebook
#Vaksin
#Kecam
#Fedtri Yahya
#Babi
#Najis
#PKP
#PPV
#Syubhah