,
Laman Utama

Faizal Tahir Dedah Pernah ‘Dibanned’, Lalui Fasa ‘Hanyut’ & Diri ‘Rock Star’

Maliah Surip
06/09/2023
06:55 MYT
Tempoh 17 tahun bukan satu waktu yang singkat dan sepanjang melewati usia tersebut, Faizal Tahir mengaku telah melalui banyak fasa yang membentuk dirinya menjadi lebih baik hari ini.
Kata komposer dan penyanyi yang baru menjayakan konsert sulungnya Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur, namun dia menghargai dan mengambil pelajaran dalam setiap sepak terajang yang pernah dilaluinya.
Ini termasuklah saat mengenang bagaimana dirinya yang masuk ke belantika muzik tempatan sejak usia 28 tahun menerusi program realiti One In A Million.
Akuinya pada usia yang disifatkan masih muda dan menjadi terkenal, dia juga pernah ‘hanyut’ dengan dunia glamor ini.
“Sepanjang 17 tahun, saya harus melalui sangat banyak liku-liku dan proses pembelajaran untuk sampai ke sini.
“Saya harus akui dulu saya banyak peminat. Saya juga harus akui ada masa kita hanyut rasa macam diri ini rock star sangat.
“Saya pun banyak buat kesilapan, pernah kena banned,” dedahnya sewaktu ditemui media usai konsertnya baru-baru ini.
Namun seiring usia bertambah dan telah belajar serta melalui liku dan proses pembelajaran yang panjang, Faizal mengatakan dirinya perlu lebih santai dalam menjalani karier dan kehidupannya.
“Saya perlu ada rasa humble kerana saya di sini sebab sokongan dan kritikan yang diberikan, jika tidak, saya tidak akan ada di sini. Pada masa sama saya juga ada support system yang dahsyat dan saya ambil kekuatan dari semua yang mendukung saya,” kata Faizal lagi.
Faizal yang sebelum ini agak ‘kental’ dengan imej rock bersama lagu-lagu bernotasi tinggi juga mengatakan karya seperti Mahakarya Cinta sudah kurang sesuai untuk didendangkan olehnya.
Lelaki berusia 44 tahun ini mengaku lebih selesa menghasilkan karya dan mendendangkan lagu bersifat santai seperti OK, Ragaman dan Santai yang telah menukar ‘jalur’ dan perspektif penyanyi lelaki ‘kental’ yang pernah melekat dengannya.
“Untuk menghasilkan dan menyanyikan lagu-lagu cinta atau bernada tinggi pada masa akan datang, mungkin tidak.
“Dengan faktor usia dan lebih mementing keluarga terutama anak-anak, saya kini senang menghasilkan karya yang santai buat saya. Keluarga adalah keutamaan saya dan penting untuk saya membuat mereka selesa atau bahagia dengan karya saya juga.
“Tapi mungkin ada akan lebih ‘berkarya’ jika menghasilkan lagu untuk penyanyi lain,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Cher Terkejut Tahu Nama Sebenar: “Selama Ini Saya Fikir…”

gempak
25/11/2024
14:30 MYT
Penyanyi Cher mendedahkan menukar nama yang telah diberikan ibu dan sah secara undang-undang selepas berasa ia tidak sesuai dengan penampilan dirinya.
Hiburan

Belasungkawa: Selamat Berpulang Ke Negeri Abadi Ahmad Nawab, Malaysia Truly Asia Kekal Jadi Legasi

gempak
25/11/2024
04:55 MYT
Seorang lagi pesohor dan legenda dunia hiburan yang cukup disegani dan telah memberi bakti terutama dalam bidang muzik, menutup mata.
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar