Skip to main content

Budaya Popular

Faizal Tahir Dipilih Nyanyikan Lagu Tema M6 World Championship 2024 Berjudul Perjuangan Takkan Tamat

astrogempak_faizal_tahir_nyanyi_lagu_mobile_legend.jpg

Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir dipilih untuk menyanyikan lagu tema rasmi bagi pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 World Championship 2024 yang berjudul Perjuangan Takkan Tamat. 

Lagu tersebut merupakan adaptasi daripada lagu Game Never Over nyanyian RIENK dan dicipta oleh Bjørgen van Essen.

Pemilihan Faizal Tahir sebagai penyanyi lagu tema ini dianggap tepat kerana vokalnya yang bertenaga serta dia sangat sinonim dengan lagu yang mengangkat tema kesatuan, daya tahan, dan kebanggaan negara. 

Menurut Faizal, lagu ini lebih daripada sekadar lagu tema dan ia adalah satu simbol perjuangan sejagat.


Menerusi lagu ini juga, Faizal Tahir telah menyuntik elemen unik yang mampu membakar semangat pemain dan peminat di seluruh dunia. 

Lagu ini diharapkan menjadi runut bunyi ideal untuk kejohanan mendebarkan, simbol ketabahan dan semangat juang yang tidak pernah luntur.

Untuk maklumat, pertandingan M6 World Championship 2024 merupakan kejohanan flagship MLBB akan membuka tirainya dengan Wild Card Stage, di mana lapan pasukan akan bertanding untuk merebut satu tempat di Main Stage. 

Main Stage pula akan menyaksikan 16 pasukan antarabangsa, termasuk pemenang Wild Card, bersaing merebut gelaran paling berprestij dalam sejarah esports MLBB.


Sejak debutnya di Kuala Lumpur pada tahun 2019, siri kejohanan M telah berkembang menjadi platform global yang dinantikan oleh para peminat. 

Sekadar info, pertandingan M5 World Championship sebelum ini telah mencatatkan 5.06 juta penonton puncak, menurut Esports Charts, dan M6 dijangka menawarkan pengalaman lebih epik dengan peningkatan hadiah wang tunai bernilai RM 4.4 juta. 

Must-Watch Video

Advertisement