Faizal Tahir Hasilkan Muzik Video Sumandak Bersama Peminat Dari Rumah!
Kamaruddin Razal
15/04/2020 16:23 MYT
15/04/2020 16:23 MYT
Faizal Tahir adalah satu nama yang tidak dapat dipisahkan dengan gimik dan kelainan dari sudut muzik, persembahan pentas mahupun gaya pemasaran.
Dalam keadaan dunia yang ditekan dengan ujian penyebaran wabak COVID-19, tidaklah menghalang Faizal untuk tampil dengan single terbaru berjudul ‘Sumandak’.
Apa yang lebih menarik adalah Faizal mengambil inisiatif untuk melibatkan peminat-peminatnya dalam video muzik lagu tersebut walaupun kita semua masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mula dengan mengacah peminat di laman sosial, Faizal telah berkongsi snippet lagu terbarunya dengan beberapa gambar kartun wanita dari pelbagai kaum dari seluruh Malaysia.
Baru-baru ini, Faizal memuat naik sebuah video mengajak peminat-peminatnya untuk menghantar video mereka melakukan aktiviti di rumah bersama keluarga untuk dikumpul dan dijadikan sebagai video muzik Sumandak.
Tindakan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan yang diterima melibatkan keluarga, individu dan rakan sekerja dari pelbagai kaum dan peringkat umur.
“Dalam keadaan kita yang tertekan sekarang ini, saya cuma ingin memberikan sesuatu yang lebih ‘ringan’ dan positif,” kata Faizal.
Dengan lirik yang berunsur humour, melodi yang catchy dan gaya penyampaian yang bersahaja, Faizal sekali lagi tampil dengan kelainan yang bakal mencuit hati para pendengar.
Perkataan ‘Sumandak’ itu diambil dari dialek bahasa dari negeri Sabah yang bermaksud gadis ataupun gadis cantik.
‘Sumandak’ merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a dan Karim Karam.
Single ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.
Video muzik ‘Sumandak’ sudah boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir dan lagu tersebut dijadualkan akan berada di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes pada 22 April 2020.