Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Faizal Tahir Siap Bagi Pantun! Penangan Empat Dara, MV Dah Cecah 10 Juta Tontonan

Mya Amri
29/01/2021 06:25 MYT
Penyanyi Faizal Tahir meluahkan rasa terharu apabila muzik video Empat Dara 2020 berjaya meraih 10 juta tontonan.

Menerusi akaun Instagramnya, Faizal memberikan serangkap pantun sebagai tanda penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

“Terima kasih daun keladi daun semambu daun mengkuang daun pandan daun bawang daun ketumbar untuk 10 jota tontonan. Alhamdulillah,” tulisnya.

A post shared by FT (@faizal_tahir)


Empat Dara adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaharu ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.

Selari dengan tajuknya, Empat Dara 2020 memberikan nafas baharu dan segar kepada pendengar tanpa menghilangkan elemen tradisonal lagu tersebut.

Empat Dara nyanyian Faizal, Elly Mazlein dan Zizi Kirana ini juga pernah menjadi tular dan menjadi kesukaan netizen.
#Elly Mazlein #Faizal Tahir #Empat Dara #Empat Dara 2020 #10 Juta Tontonan