VIRAL

Faizdickie, Influencer Kucing Turun Ulu Tiram Shelter Santuni 300 Si Bulus - "Saya Memang Suka Kucing"

Amri Hassan 10/08/2025 | 11:10 MYT
Lebih 300 ekor kucing di Cat Tiram Shelter menerima sentuhan kasih melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan Purr-fect Care Si Comot by Powercat yang berlangsung meriah di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Shelter yang diusahakan Tuan Haji Nor Azhar Abdul Hamid itu menjadi tumpuan pelbagai pihak, termasuk pelajar dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang hadir membantu memasang permainan kucing serta mengurus stok makanan sumbangan.

Wakil Pengedar Adabi, Pengurus Besar Cawangan Johor, Encik Zainuddin Salleh, bersama 10 kakitangan Adabi, turut memeriahkan program.

“Pihak Adabi berbesar hati dapat melibatkan diri bersama team Powercat untuk menjayakan program CSR ini. Kami turut menyediakan sarapan pagi menggunakan produk-produk Adabi seperti Kari Sardin Adabi Sandwich, bagi memberikan tenaga dan makanan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti hari ini,” katanya.

Pasukan Adabi juga memasak dan menghidangkan makanan kepada sukarelawan, peserta dan tetamu. Wakil Powercat, Puan Lina, hadir bersama pasukan yang komited memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir.

Menariknya, pempengaruh media sosial popular Faizdickie turut hadir, merakam momen istimewa untuk episod khas YouTube Si Comot Powercat.

“Terima kasih Powercat kerana menjemput saya untuk turut serta dalam CSR ini. Saya memang suka kucing dan sebelum ini saya juga aktif dalam CSR membantu kucing jalanan. Acara sebegini diharap dapat memberi contoh kepada mana-mana pihak untuk turut menyumbang kepada shelter-shelter kucing yang memerlukan,” ujarnya.




Kehadiran dua influencer kucing terkenal, Micheal_Tam_Ticha dan Sorayya the Diva Cat, menjadi tarikan pengunjung dengan aksi comel dan menghiburkan, sekali gus membantu menyampaikan mesej program kepada komuniti pencinta kucing.

Bagi Tuan Haji Nor Azhar, sumbangan ini cukup bermakna.

“Saya sangat berbesar hati Powercat memilih shelter kami dalam program CSR kali ini. Tiada apa yang dapat saya gambarkan, cuma kegembiraan dan rasa syukur atas sumbangan ini. Makanan kucing ini dapat membantu meringankan beban kami di shelter. Kami sangat berterima kasih kepada Powercat," katanya.

Program Purr-fect Care Si Comot by Powercat bukan sekadar menyokong kebajikan haiwan, malah menjadi platform menyatukan masyarakat melalui nilai kasih sayang, empati dan semangat gotong-royong.

#Faizdickie #Kucing #Johor #Powercat #Influencer #Adabi #Shelter