HIBURAN
Faizul Sany Ambil Keputusan Bersara, Mahu Fokus Pada Anak Hidap Autisme - “Dia Tak Mampu Lakukan Aktiviti Seharian Tanpa Bantuan…”
Penyanyi dan juara Akademi Fantasia 2013, Faizul Sany, mengambil keputusan untuk bersara secara rasmi daripada industri muzik.
Mahu fokus pada anak
Menurut Faizul, keputusan itu dilakukan untuk memberikan tumpuan penuh terhadap keluarga terutama anak lelakinya yang menghidap Autistic Spectrum Disorder (ASD).
“Anak saya menghidap autistic spectrum disorder (asd). Dia tidak mampu melakukan aktiviti seharian tanpa bantuan.
“Namun demikian, saya sentiasa menganggap bahawa keberaan dia adalah tiket sehala bagi saya dan isteri saya ke syurga firdaus,” maklumnya.
Faizul membuat pengumuman itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram pada Selasa.
Bersara dari bidang muzik
Tambah Faizul, keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang muzik adalah muktamad melainkan jika ada permintaan istimewa daripada anaknya untuk dia kembali menjadi penyanyi.
“Janji kami adalah tidak akan mengabaikan haknya, selagi nyawa dikandung badan.
“Keputusan saya untuk bersara dari bidang muzik adalah muktamad. Melainkan atas permintaan anak, saya tidak akan kembali,” coretnya.
Untuk info, Faizul berkahwin dengan Afzarina Yahya pada November 2017 dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Noah dan Aisyah.
Must-Watch Video