Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Faizul Sany Bimbang Nama Sebagai Penyanyi Semakin Pudar

Syafiqah Jalal
26/01/2017 09:47 MYT
Juara Akademi Fantasia 2013 (AF13), Faizul Sany akui bimbang jika namanya sebagai penyanyi semakin pudar di dalam industri muzik tanah air selepas dia kini semakin aktif dalam penciptaan lagu.

Namun Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sany berkata dia tetap akan terus melakar nama sebagai penyanyi biarpu perlu seiring dengan bidang penciptaan lagu.

"Sebenarnya saya buat apa yang datang dahulu, nampaknya permintaan lagu lebih banyak daripada peluang saya menyanyi sendiri.

"Minat saya sama sahaja dalam dua bidang ini, jadi saya gembira lakukannya.

"Namun saya tidak nafikan, saya turut ada sedikit kerisauan jika nama saya sebagai penyanyi semakin dilupakan.

"Bagaimanapun saya tidak kisah asalkan saya masih berada di dalam industri ini meskipun di dalam bidang penciptaan lagu," katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai kariernya sebagai penciptaan lagu, Faizul memberitahu dia sibuk menyiapkan banyak lagu untuk artis popular tanah air sepanjang tahun lalu.

"Tahun lalu, mungkin orang tidak nampak saya di kaca televisyen atau sebagainya tetapi sebenarnya saya banyak membuat lagu di belakang tabir.

"Saya cipta lagu Jaga Jaga untuk Amira Othman selepas lagu Hati Hati berjaya menyerlahkan namanya.

"Selain itu saya ada mencipta lagu untuk Akim & Stacy untuk komersil Yoes, single buat pelakon Elizad, Mya Mentor dan Hazama," katanya lagi.

Faizul baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Stylo Mylo pada penghujung tahun lalu

Teks oleh Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Penyanyi #Komposer #Cipta Lagu #Faizul Sany
;