“Fake Account” - Anuar Zain Harap Peminat Tak Tertipu Dengan Akaun Palsunya

Mya Amri
Oktober 8, 2019 13:28 MYT
Penyanyi terkenal Anuar Zain, memohon agar peminat tidak tertipu dengan kewujudan akaun Instagram (IG) palsu yang menggunakan identitinya
Makluman itu disampai Anuar menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram miliknya @anuarzain70 hari ini.
Entri itu turut disertakan dengan paparan imej akaun palsu tersebut.
“Assalamualaikum buat teman-teman IG, harap kalian okay semuanya.
“Ingin beritahu bahawa akaun di atas ini adalah FAKE ACCOUNT, terima kasih semua, love you guys,” tulisnya.
Terdahulu, Anuar sebelum ini pernah berdepan dengan situasi yang sama sebelum mewujudkan akaun IGnya sendiri.
#Penyanyi #Anuar Zain #Penyanyi