Hiburan
Faktor Usia, Rusdi Ramli Cerita Cabaran Didik Anak-anak
Pelakon Rusdi mengakui menghadapi situasi mencabar apabila diamanahkan isteri untuk menjaga dua orang anak lelakinya, Ryan dan Rio.
“Menjaga dua orang lelaki saya tersangatlah mencabar. Lebih-lebih lagi faktor usia saya sekarang. Kadang kala Ryan dan Rio okay sahaja di rumah, tetapi ada masa mereka berdua suka bergaduh. Saya sendiri tidak larat nak jaga,” ujar Rusdi Ramli mengenai Ryan dan Rio.
Namun jelas pelakon berusia 45 tahun ini, dia merupakan seorang bapa yang tegas dan mementingkan disiplin anak-anak di rumah.
“Apa yang saya nampak, jika di rumah Ryan dan Rio sangat berdisiplin. Mungkin mereka takut atau mungkin juga saya seorang yang sangat tegas di rumah. Kalau mereka sepahkan rumah, saya akan marah,” kata Rusdi lagi.
Dalam pada itu, isteri Rusdi, Sharon Anne Paul menjelaskan walaupun ekonomi yang tidak menentu dia dan suami sentiasa berusaha membesarkan anak-anak dengan keadaan yang selesa.
“Saya rasa semua keluarga melalui perkara yang sama, itu normal. Tetapi apa yang sangat mencabar sekarang keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kami ibu bapa harus berusaha untuk beri yang terbaik terutamanya pendidikan yang bagus,” jelas Sharon.
Nak tahu rahsia Rusdi Ramli mendidik anak di rumah ? Atau ingin mengetahui apa aktiviti yang dilakukan Rusdi.
Jangan lupa untuk menyaksikan Papa Hero Saya di Astro Ria (104), setiap Rabu jam 9 malam.
Pelbagai tips menarik, info dan inspirasi disediakan menerusi program ini sebagai panduan ibu dan bapa di luar sana untuk menjadi yang terbaik buat anak mereka.
Tips-tips menarik juga boleh didapati di laman facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.
Pelbagai tips menarik, info dan inspirasi disediakan menerusi program ini sebagai panduan ibu dan bapa di luar sana untuk menjadi yang terbaik buat anak mereka.
Tips-tips menarik juga boleh didapati di laman facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.
Jom sertai peraduan #PapaHeroSaya di Instagram dengan memuat naik foto detik manis bapa dan anak seperti sewaktu sedang memasak, membaca buku, menukar persalinan anak atau sebagainya.
Disertakan dengan kapsyen anda merupakan seorang hero kepada anak-anak. Tag di @My.eBu dan hashtag #PapaHeroSaya selain syarat utama anda perlu menjadi pengikut Instagram @My.eBu. Profil adalah perlu terbuka untuk semua.
Pemenang dipilih menerusi ‘Like’ paling banyak secara mingguan dan hadiah lumayan menantu anda sebanyak RM1,000 setiap minggu!
Tarikh penyertaan bermula dari 11 Januari hingga 31 Januari.
Layari http://www.astrogempak.com.my/terma/eBuPapaHeroSaya_TnC.pdf untuk terma dan syarat!
Must-Watch Video