Pelakon popular dari China, Fan Bingbing meluahkan rasa teruja apabila dapat merasai keenakan buah durian yang dinikmati ketika berada di Malaysia.

BERITA TRENDING: Jangan Campur Makanan & Minuman Ini Bersama Durian!

Menerusi hantaran di Instagram, Bingbing dilihat mencuba pelbagai jenis durian di gerai yang terletak di SS2, Petaling Jaya, Selangor itu.

“Durian Malaysia… Sedapnya! Ini merupakan syurga untuk pencinta durian. Saya dah cuba D101, D24 XO, Tekka, D197 Musang King, D200 Black Thorn,” katanya.

A post shared by Fan Bingbing 范冰冰 (@bingbing_fan)


Dalam masa sama, Bingbing turut memberitahu yang dia belajar minum air daripada pangsa durian bagi mengelakkan panas badan.

“Mereka juga ajar saya minum air daripada pangsa durian untuk elakkan panas badan. Menariknya!,” katanya lagi.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap bintang tersohor yang pernah membintangi filem X-Men: Days Of Future Past itu.

BERITA TRENDING: "Tangan Melekit, Halangan Terlerai" - Durian Bukti Simbol Perpaduan Rakyat Malaysia! #FoodiesLife

Dalam satu hantaran di Facebook rasmi baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.