“Fan Edit Macam Fandom K-Drama” - Ditonton Sampai 24 Juta Kali, Projek: Anchor SPM Trending Di TikTok
Bukan hanya di Twitter, Projek: Anchor SPM rupanya turut trending dan hangat diperkatakan di platform TikTok.
Apa yang lebih mengagumkan tanda pagar atau hashtag #ProjekAnchorSPM telah ditonton hingga 24 juta kali.
Menerusi pemantauan Gempak di platform tersebut, kebanyakan video yang dimuat naik merupakan himpunan babak-babak menarik dalam drama premium Astro Originals itu.
Malah, ada juga yang menghasilkan video khusus untuk watak Hilmi dan Aizat sebagai karakter kesukaan mereka.
Tidak kurang juga yang mencipta video khas untuk pasangan paling ‘sweet’ dalam Projek: Anchor SPM iaitu Aizat dan Aaida.
21.8m views on tiktok for #projekanchorspm. korang.. ok ke tak tu ? pic.twitter.com/1NZ5FbSBsc— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) April 21, 2021
Kebanyakan video tersebut menerima jumlah tontonan lebih 30,000 kali setiap satunya.
Tambah mengagumkan, terdapat juga video yang mencapai tontonan sebanyak 130,000 kali. Hebat bukan?
Anda boleh lihat antara video Projek: Anchor SPM yang menarik di TikTok.
@harisem_♬ original sound - Rize - Haris Irfan
@tibeeeeerh♬ original sound - elynleonggg
@tibeeeeerh♬ original sound - elynleonggg
Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.
Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaida (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.