Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Faouzia Akui Tak Minum Kopi, Makan Benda Masin & Manis Sebelum Menyanyi Sebab…

Izwan Isa
19/07/2023 13:50 MYT

Penyanyi asal Maghribi, Faouzia Ouihya mempunyai beberapa pantang larang sebelum naik ke atas pentas untuk membuat persembahan.

Antara hal yang cuba dielakkan adalah minum kopi dan makan makanan yang terlalu masin serta manis.

“Sebaik sahaja hari persembahan tiba, sebolehnya saya cuba untuk elak makan makanan yang masin dan juga yang terlalu manis.

“Kemudian, saya juga cuba elak untuk minum kopi. Boleh untuk minum pada hari persembahan, tetapi tidak sebelum saya naik ke atas pentas.

“Kopi boleh ‘keringkan’ suara saya,” katanya kepada Gempak.

Faouzia yang ditemui di Plenary Hall, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia memberi fokus pada makanan-makanan sihat seperti sayur dan buah-buahan sebelum membuat persembahan.

“Tapi kalau lepas persembahan, saya makan sahaja apa yang saya nak,” katanya lagi.

Melanjutkan bicara mengenai rutin kecantikannya, Faouzia berkata, dia tidak akan terlepas untuk melakukan rutin skincare setiap hari sebelum tidur.

“Selain itu saya juga sering menggunakan Moroccan Oil kerana ia baik untuk kulit,” katanya lagi.

Minggu lalu, Faouzia berjaya memukau penonton dengan lagu-lagu hits miliknya menerusi persembahan memukau yang diadakan di Plenary Hall KLCC, Kuala Lumpur. Peminat yang hadir juga terhibur menerusi rangkaian lagu-lagu yang didendangkan menerusi rendesi dan susunan muzik baharu.

BACA: Bakal Adakan Konsert Faouzia Tak Sabar Nak Datang Malaysia & Jumpa Peminat - “Saya Dengar Ia Tempat Yang Cantik…”​

#Konsert #Kopi #Suara #Faouzia
;